Amalan Hari Krismas
Hari Krismas disambut sebagai perayaan utama dan cuti umum di kebanyakan negara di dunia, termasuk yang majoriti penduduknya bukan penganut Kristian. Krismas disambut di negara bukan Kristian kerana diperkenalkan oleh bekas penjajah, diduduki oleh kelompok minoriti Kristian atau menerima pengaruh budaya asing.
Walaupun kebanyakan negara menyambut Krismas pada 25 Disember setiap tahun, namun sesetengah gereja di Rusia, Georgia, Mesir, Armenia, Ukraine dan Serbia menyambutnya pada 7 Januari kerana mengikut kalendar Julius yang tarikh 25 Disembernya jatuh pada 7 Januari dalam kalendar Gregory.
Di seluruh dunia, sambutan Krismas dirai dalam pelbagai bentuk, dicerminkan oleh kepelbagaian budaya dan tradisi sesebuah negara. Negara-negara yang hangat menyambut Krismas walaupun bilangan penduduk Kristian yang kecil seperti Jepun, telah menerima kebanyakan aspek-aspek sekular dalam sambutan Krismas seperti bertukar hadiah, hiasan lampu dan pokok Krismas.
Tradisi Gereja
Sambutan Hari Krismas sangat penting bagi gereja, iaitu sewaktu untuk mengadakan upacara atau majlis sambutan istimewa. Berikut ialah cara-cara Krismas disambut di gereja.
Paparan kelahiran Jesus Christ
Kebanyakan gereja mengamalkan adat memaparkan babak kelahiran Jesus. Dimulai oleh St. Francis dari Asissi pada abad ke-13, tradisi yang berasal dari Itali ini diperluaskan ke banyak negara lain.
Babak kelahiran ini dipaparkan dalam bentuk patung sebesar saiz manusia, ataupun sekecil kotak mancis, diperbuat dari pelbagai bahan termasuk kayu, tembikar, kertas, kain, jerami, dan logam yang berwarna-warni.
Lingkaran Kedatangan
Lingkaran Kedatangan (Advent wreath) ialah selingkaran daun-daun pain, ivy dan holi, dengan lima batang lilin di dalamnya yang digantung di dalam gereja. Lilin-lilin ini dinyalakan pada setiap Ahad pada musim Kedatangan, dan lilin di tengah dinyalakan pada pagi Hari Krismas. Gereja selalu dihiasi dengan dahan dan daun hijau, di samping juga dimasukkan pohon Krismas.
Pembacaan kitab
Pada hari Krismas, diadakan sesi pembacaan kitab yang menceritakan kisah kelahiran Jesus yang terkandung di dalam kitab Bible, di samping bacaan-bacaan suci lain yang mengisahkan tentang bahaya kerakusan hawa nafsu manusia, dan mengenai datangnya Penyelamat (Messiah) yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada bangsa manusia.
Friday, 27 April 2012
ღ Amalan perayaan deepavali & gawai ღ
Amalan Perayaan Deepavali
Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.
"Kolam" merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.
Amalan Perayaan Gawai
Perayaan Gawai merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban. Jenis-jenis Hari Gawai adalah seperti Gawai Dayak,Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, Gawai Panggul,Gawai Kelingkang,Gawai Tuah,Gawai Lelabi dan Gawai Antu. Antaranya sambutan Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun adalah terpenting. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini. Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini. Perayaan Gawai juga tidak akan lengkap, sekiranya Tuak tidak dihidangkan. Minuman yang diperbuat daripada ragi dan beras boleh didapati di rumah panjang.
Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.
"Kolam" merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.
Amalan Perayaan Gawai
Perayaan Gawai merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban. Jenis-jenis Hari Gawai adalah seperti Gawai Dayak,Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, Gawai Panggul,Gawai Kelingkang,Gawai Tuah,Gawai Lelabi dan Gawai Antu. Antaranya sambutan Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun adalah terpenting. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini. Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini. Perayaan Gawai juga tidak akan lengkap, sekiranya Tuak tidak dihidangkan. Minuman yang diperbuat daripada ragi dan beras boleh didapati di rumah panjang.
ღ Amalan Tahun Baru Cina ღ
Amalan Tahun Baru Cina
1. Ang pau
Secara tradisi, ang
pau atau sampul merah (Cina Tradisional: 紅包, Cina Ringkas: 红包, pinyin: hóng bāo, bahasa Hokkien (POJ):
âng-pau; bahasa Hakka: hung bao; 利是, 利市 atau 利事, bahasa Kantonis: lai shi
atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami
isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu
kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.
Sampul merah ini
sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang
dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana
angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara
pengebumian (帛金,
bó
jīn).
Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama
bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit.
Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan
"kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala
syiling coklat dimasukkan dalam angpau.
2.Bunga api
Pada zaman silam,
batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan letupan
kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula,
kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun
biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun
digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan berisi
serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi
meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan
ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir
roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan
menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.
2.Pakaian
Pemakaian yang
melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana
dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan,
orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan
permulaan baru pada tahun baru.
3.Shou Sui
Shou Sui (Cina
Tradisional: 守歲,
Cina Ringkas: 守岁)
berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam selepas makan
malam bersama dan mengenangkan tahun yang telah berlalu sementara menyambut
tahun yang akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan
memanjangkan usia ibu bapa.
4.Balik kampung
Waktu Tahun Baru Cina
juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang terbesar, apabila warga
luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga orang Cina
seberang laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan
bersama sanak saudara pada malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil
"Chunyun" (Cina Tradisional: 春運, Cina Ringkas: 春运) dan boleh disamakan dengan
fenomena "balik kampung" sewaktu masyarakat Melayu menyambut
Aidilfitri. Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali daripada balik kampung,
maka timbulnya keperluan mengetatkan kawalan keselamatan jalan raya khususnya
untuk perayaan ini seperti mana yang dijalankan ketika Aidilfitri.
5.Rumah terbuka
Ketika menyambut
perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan pembesar
negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong
asing, beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka
perayaan ini dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.
Thursday, 26 April 2012
ღ Amalan Hari Raya Aidilfitri ღ
Amalan Hari Raya Aidilfitri
Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah.
Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi
Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat
sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan
mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah
Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan
taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada
asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk
mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan
kejayaan beribadah kepada Allah.
Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit
raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul
duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi
daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun
"Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada
warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang
dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz
yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan
pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.
Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu
detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril
akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih,
bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang
pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka
yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan
Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan
keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik
seperti hari ini.
Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang
bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan
sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila
semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama hari
raya,jalan akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.
Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.
Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.
Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.
Subscribe to:
Posts (Atom)