Amalan Tahun Baru Cina
1. Ang pau
Secara tradisi, ang
pau atau sampul merah (Cina Tradisional: 紅包, Cina Ringkas: 红包, pinyin: hóng bāo, bahasa Hokkien (POJ):
âng-pau; bahasa Hakka: hung bao; 利是, 利市 atau 利事, bahasa Kantonis: lai shi
atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami
isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu
kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.
Sampul merah ini
sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang
dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana
angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara
pengebumian (帛金,
bó
jīn).
Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama
bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit.
Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan
"kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala
syiling coklat dimasukkan dalam angpau.
2.Bunga api
Pada zaman silam,
batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan letupan
kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula,
kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun
biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun
digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan berisi
serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi
meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan
ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir
roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan
menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.
2.Pakaian
Pemakaian yang
melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana
dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan,
orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan
permulaan baru pada tahun baru.
3.Shou Sui
Shou Sui (Cina
Tradisional: 守歲,
Cina Ringkas: 守岁)
berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam selepas makan
malam bersama dan mengenangkan tahun yang telah berlalu sementara menyambut
tahun yang akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan
memanjangkan usia ibu bapa.
4.Balik kampung
Waktu Tahun Baru Cina
juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang terbesar, apabila warga
luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga orang Cina
seberang laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan
bersama sanak saudara pada malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil
"Chunyun" (Cina Tradisional: 春運, Cina Ringkas: 春运) dan boleh disamakan dengan
fenomena "balik kampung" sewaktu masyarakat Melayu menyambut
Aidilfitri. Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali daripada balik kampung,
maka timbulnya keperluan mengetatkan kawalan keselamatan jalan raya khususnya
untuk perayaan ini seperti mana yang dijalankan ketika Aidilfitri.
5.Rumah terbuka
Ketika menyambut
perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan pembesar
negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong
asing, beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka
perayaan ini dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.
No comments:
Post a Comment